Abdul Wahid Omar
Abdul Wahid Omar | |
|---|---|
| Pengerusi Bursa Malaysia | |
| Menyandang jawatan 1 Mei 2020 | |
| Didahului oleh | Shireen Ann Zaharah Muhiudeen |
| Pengerusi Tabung Alam Sedunia Malaysia | |
| Menyandang jawatan 1 Julai 2022 | |
| Didahului oleh | Tunku Ali Redhauddin |
| Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) | |
| Dalam jawatan 1 Ogos 2016 – 29 Jun 2018 | |
| Didahului oleh | Ahmad Sarji Abdul Hamid |
| Digantikan oleh | Zeti Akhtar Aziz |
| Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia Unit Perancangan Ekonomi | |
| Dalam jawatan 5 Jun 2013 – 4 Jun 2016 | |
| Didahului oleh | Nor Mohamed Yakcop |
| Digantikan oleh | Abdul Rahman Dahlan |
| Senator Dewan Negara ke-13 | |
| Dalam jawatan 5 Jun 2013 – 4 Jun 2016 | |
| Raja | Tuanku Abdul Halim |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Abdul Wahid bin Omar 19 Januari 1964 Johor Bahru, Johor, Persekutuan Malaysia |
| Kerakyatan | Malaysia |
| Pasangan | Puan Sri Kay Roserina Mohd Kassim |
| Tempat belajar | Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), Malaysian Institute of Accounts, Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) |
| Pekerjaan | Ahli politik, pelabur perbankan |
Abdul Wahid bin Omar (lahir 19 Januari 1964) ialah Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia sejak 1 Mei 2020. Beliau juga merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Malaysia mulai Mei 2013 - 4 Jun 2016.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad pada 1 Julai 2004. Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan/CEO kepada United Engineers (Malaysia) Berhad dan UEM World Berhad. Beliau sejak Julai 2008 merupakan CEO dan presiden kepada sebuah institusi perbankan di Malaysia iaitu Maybank.
Pada 1 Ogos 2016, beliau dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Julai 2016.