Abdul Shukor Husin
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin | |
|---|---|
| Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia | |
| Dalam jawatan 2005–2017 | |
| Didahului oleh | Prof. Dato' Wira Dr. Ismail Ibrahim |
| Digantikan oleh | Datuk Haji Wan Zahidi Bin Wan Teh |
| Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia | |
| Dalam jawatan 2005–2010 | |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Profesor Dato' Dr Muhamad Muda |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 25 Julai 1942 Kampung Tebing Tinggi, Jerantut, Pahang |
| Pasangan | Puan Sri Ramah Haji Abdul Manan |
| Anak | 6 orang |
| Pekerjaan | Ulama |
Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr. Abdul Shukor Husin merupakan seorang agamawan di Malaysia. Beliau merupakan mantan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia bermula 2005 hingga 2017. Beliau terlibat dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia. Beliau juga merupakan mantan Rektor Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) pada 1998 hingga 2005 sebelum dinaik taraf sebagai Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan kemudiannya beliau dilantik sebagai Naib Canselor pertama universiti tersebut bermula 2005 hingga 2010.
Pada 27 November 2011, beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2011 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.