Abdul Samad Ismail
Abdul Samad Ismail | |
|---|---|
| Kelahiran | 18 April 1924 |
| Meninggal dunia | 4 September 2008 (84 tahun) |
| Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara |
| Warganegara | Malaysia |
| Terkenal kerana | Tokoh Sasterawan |
| Pasangan | Puan Sri Hamidah Hassan |
Tan Sri Abdul Samad Ismail (18 April 1924 - 4 September 2008) merupakan tokoh kewartawanan terkemuka di Malaysia. Beliau juga tokoh sasterawan dan pejuang bahasa Melayu, aktivis politik dan kesatuan sekerja, pejuang hak asasi selain menjadi pembekal senjata kepada pejuang kemerdekaan Indonesia dalam tahun 1940-an. Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dua kali iaitu oleh British sebelum dan juga selepas kemerdekaan selepas kematian Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1960-an.