Abdul Razak Abdul Hamid
Abdul Razak Abdul Hamid (7 Julai 1925 - 18 Julai 2013) ialah seorang ahli akademik Malaysia dan profesor bahasa Jepun; beliau satu-satunya warga Tanah Melayu yang terselamat berikutan pengeboman atom Hiroshima pada 6 Ogos 1945. Beliau diberi jolokan Razak-sensei (ラザク先生, "Cikgu Razak") oleh rakan-rakan dan pelajar sepengajian universitinya.