Abdul Hamid Jumat
Abdul Hamid Jumat | |
|---|---|
تڠكو عبدالحميد جومت | |
| Timbalan Ketua Menteri Singapura | |
| Dalam jawatan 7 Jun 1956 – 3 Jun 1959 | |
| Ketua Menteri | Lim Yew Hock |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Toh Chin Chye (sebagai Timbalan Perdana Menteri) |
| Minteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan Singapura | |
| Dalam jawatan 1956 – 3 Jun 1959 | |
| Ketua Menteri | David Marshall (1955–1956) Lim Yew Hock (1956–1959) |
| Didahului oleh | Francis Thomas |
| Digantikan oleh | Ong Eng Guan |
| Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Singapura | |
| Dalam jawatan 6 April 1955 – 1956 | |
| Ketua Menteri | David Marshall |
| Didahului oleh | Jawatan baharu |
| Digantikan oleh | Francis Thomas |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Tengku Abdul Hamid bin Tengku Jumat 12 April 1917 Singapura, Negeri-negeri Selat |
| Meninggal dunia | 16 April 1978 (umur 61) Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Singapura) |
| Tempat belajar | Institusi Raffles |
| Bidang pengkhususan | Ahli politik, diplomat |
Tan Sri Datuk Tengku Abdul Hamid bin Tengku Jumat (Jawi: تڠكو عبدالحميد جومت; 12 April 1917 – 16 April 1978) ialah seorang ahli politik dan diplomat Singapura yang berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Singapura pada 1956 hingga 1959. Beliau terkenal sebagai "menteri pertama Singapura bagi etnik Melayu", serta "Duta pertama Singapura ke Jerman". Sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kerajaan Tempatan, Tanah dan Perumahan, serta Menteri Perhubungan dan Kerja Raya. Beliau juga merupakan pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) di Singapura.