Abd Mohd Khalid Mohd Ali
Khalid Ali | |
|---|---|
| Kelahiran | 1 Mei 1957 |
| Meninggal dunia | 6 Februari 2024 (umur 66) |
| Ketinggian | 1.73 |
Abd Mohd Khalid Bin Mohd Ali (1 Mei 1957 – 6 Februari 2024) atau lebih dikenali sebagai Khalid Ali merupakan bekas pemain bola sepak Malaysia pada era 1970an yang bermain di posisi pemain tengah. Beliau antara barisan pemain skuad negara di pusingan kelayakan Olimpik Moscow 1980. Beliau juga merupakan seorang pengkritik bola sepak negara.