A Famosa
2°11′29.82″N 102°15′1.10″E / 2.1916167°N 102.2503056°E
| Kota A Famosa کوتا أ فموسا | |
|---|---|
Tinggalan pintu Kota Melaka yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago). | |
| Maklumat umum | |
| Status | Sebahagian besar bangunan telah diruntuhkan. |
| Jenis | Bangunan bersejarah |
| Lokasi | Bandaraya Melaka |
| Negara | Malaysia |
| Koordinat | 2°11′29.82″N 102°15′1.1″E |
| Pembinaan bermula | 1512 |
| Pengendali | Kerajaan Beraja Portugal |
| Maklumat matra | |
| Panjang | 382CM |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termasyhur" dalam bahasa Portugis) merupakan sebuah kubu yang telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1512 . A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh rakyat Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɐ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").