AWK
AWK adalah bahasa pengaturcaraan umum yang direka bagi memproses data berasaskan teks, samaada dalam file atau aliran data. Nama AWK merupakan sringkasan nama penciptanya — Alfred Aho, Peter Weinberger, dan Brian Kernighan; bagaimanapun, bukanlah kebiasaan menyebut setiap huruf secara berasingan tetapi untuk mmenyebut ejaannya sama seperti bunyi burung, auk (yang menjadi lambang bahasa tersebut seperti sampul buku The AWK Programming Language ). awk, apabila ditulis dalam huruf kecil, merujuk kepada Unix atau perisian Plan 9 yang melaksanakan aturcara yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan AWK. AWK adalah contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan jenis data 'String, array berkait (iaitu array diindex oleh string utama (key strings)) dan gambaran biasa (regular expression) secara meluas. Kuasa, bentuk, dan kelemahan aturcara AWK dan skrip sed mendorong Larry Wall untuk mencipta Perl. Disebabkan banyak notasi, kesemua bahasa sebegini sering kali digunakan bagi menulis aturcara satu baris one-liner program. AWK is one of the early tools to appear in Version 7 Unix and gained popularity as a way to add computational features to a Unix pipeline. Satu versi bahasa AWK adalah ciri piawaian bagi kesemua sistem pengoperasian moden seperti unix yang terdapat hari ini. AWK disebut dalam Spesifikasi UNIX Tunggal - (Single UNIX Specification) sebagai salah satu utiliti wajib bagi sistem p[engoperasian Unix. Selain kerangka Bourne, AWK adalah bahasa skrip lain yang terdapat di persekitaran Unix piwaian. Perlaksanaan AWK wujud sebagai aturcara boleh pasang bagi hampir keseluruhan sistem pengoperasi lain.