Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) merupakan sebuah NGO yang mewakili generasi kedua dan ketiga anak peneroka Felda. Presidennya ialah Mazlan Aliman. ANAK mempunyai ahli seramai 2000 orang. Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) mendakwa bahawa ANAK merupakan satu pertubuhan tidak berdaftar.

Pada 20 Februari 2010, konvensyen nasional anjuran PKR telah diadakan di Jerantut, Pahang. Kira-kira 1000 peneroka telah hadir. Mazlan Aliman turut membentangkan kertas kerja mengenai generasi baru Felda.