Modulasi amplitud
Modulasi (atau pemodulatan) amplitud (bahasa Inggeris: amplitude modulation, AM) ialah teknik pemodulatan yang digunakan dalam komunikasi elektronik, paling biasanya penghantaran maklumat melalui gelombang pembawa radio. Dalam pemodulatan ini, amplitud (kekuatan isyarat) gelombang pembawa diubah sekadar gelombang yang sedang dihantar; misalnya, sesuai dengan bunyi untuk menjadi semula oleh pembesar suara, atau kekuatan cahaya piksel televisyen. Teknik ini berbeza dengan modulasi frekuensi yang mengubah frekuensi isyarat pembawa ataupun modulasi fasa yang bersifat rawak.
AM merupakan kaedah modulasi terawal yang digunakan untuk menghantar suara melalui radio. Ia telah dikembangkan selama dua dekad pada awal abad ke-20 dengan ujikaji radiotelefon Landell de Moura dan Reginald Fessenden pada tahun 1900. Ia masih digunakan hari ini dalam banyak bentuk komunikasi; misalnya dalam radio dua hala mudah alih, radio pesawat VHF dan dalam modem komputer (dalam bentuk QAM). "AM" sering merujuk kepada penyiaran radio gelombang medium AM.