24 Heures du Mans
| Kategori | Tahan lasak |
|---|---|
| Negara atau wilayah | Perancis |
| Musim sulung | 1923 |
| Pemandu | 165 |
| Pasukan | 55 |
| Juara pemandu | Sébastien Buemi Brendon Hartley Ryo Hirakawa |
| Juara pengeluar | Toyota Gazoo Racing |
| Tapak web rasmi | www.lemans.org |
| Musim sekarang | |
24 Jam Le Mans (bahasa Perancis: 24 Heures du Mans) merupakan satu sukan perlumbaan kereta yang tertua di dunia dalam perlumbaan tahan lasak. Perlumbaan ini diadakan pada setiap tahun bermula sejak Templat:24hLM berhampiran bandar Le Mans, Sarthe, Perancis. Perlumbaan yang biasanya dikenali sebagai Grand Prix Ketahanan ini dianjurkan oleh Kelab Automobil de l'Ouest (ACO) di atas litar yang terdiri daripada jalan-jalan awam yang ditutup bagi tujuan bukan hanya untuk menguji kepantasan kereta dan keupayaan pemandu, tetapi juga boleh bertahan dalam tempoh lebih 24 jam.