Sukan Komanwel 2002

Sukan Komanwel ke-17
XVII Commonwealth Games
Bandar tuan rumahManchester, England
Cogan kataThe Spirit of Friendship
(Semangat Persahabatan)
Penyertaan negara72
Penyertaan atlet3,863
Acara281 dalam 17 sukan
Upacara pembukaan25 Julai
Upacara penutupan4 Ogos
Pembukaan dirasmikan olehElizabeth II
Queen's Baton Final RunnerDavid Beckham dan
Kirsty Howard
Stadium utamaStadium Bandar Raya Manchester
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox games dengan parameter tidak diketahui "Mascot"

Sukan Komanwel 2002 atau juga dikenali sebagai Sukan Komanwel XVII dan Manchester 2002 ialah temasya Sukan Komanwel yang ke-17 dan telah diadakan di Manchester, England dari 25 Julai hingga 4 Ogos 2002. Mengikut perancangan, temasya ini patut diadakan di salah satu negara dalam United Kingdom sebagai sebahagian daripada Sambutan Jubli Emas Ratu Elizabeth II. England merupakan satu-satunya calon bagi bidaan bandar tuan rumah bagi temasya ini, namun akhirnya Manchester terpilih sebagai tuan rumah menggantikan England.

Upacara pembukaan, penutupan dan acara olahraga serta ragbi bertujuh telah diadakan di Stadium Bandar Raya Manchester, yang telah dibina bersempena dengan temasya ini. Menembak menjadi satu-satunya acara sukan yang diadakan di luar bandar tuan rumah iaitu di Pusat Menembak Kebangsaan di Bisley, terletak lebih 300 km dari Manchester.

72 pasukan telah bertanding dalam 17 acara sukan sepanjang temasya ini.