Syawal

Syawal
Sambutan aidilfitri di Bangladesh
Nama asalشَوَّال (Arab)
KalendarTakwim Hijrah
Nombor bulan10
Bilangan hari29-30 (bergantung pada pencerapan anak bulan)
Hari pentingAidilfitri

Syawal (Arab: شَوَّال, rumi: Shawwāl) ialah bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah. Ia datang selepas Ramadan dan sebelum Zulkaedah.

Shawwāl berakar dari kata kerja perkataan bahasa Arab shāla (شَالَ), yang bermaksud untuk 'bawa atau pikul', secara umumnya untuk membawa atau memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat lain.

Dalam tradisi masyarakat Melayu, Syawal turut dikenali sebagai bulan raya.