Şehzade Bayezid

Templat:Nama Turki Uthmaniyah

Şehzade Bayezid
Sebuah lukisan Uthmaniyah menunjukkan Suleiman al-Qanuni bersama anak lelaki beliau, Şehzade Bayezid
Keputeraan1525
Constantinople, Empayar Uthmaniyah
Kemangkatan25 September 1561(1561-09-25) (umur 35–36)
Qazvin, Empayar Safawiyyah
PemakamanTürbe Melik-i Acem, Sivas
AnakandaŞehzade Orhan
Şehzade Osman
Şehzade Abdullah
Şehzade Mahmud
Şehzade Muradhan
Mihrimah Sultan
Hatice Sultan
Ayşe Sultan
Hanzade Sultan
DinastiUthmaniyah
AyahandaSulaiman al-Qanuni
BondaHürrem Sultan
AgamaIslam

Şehzade Bayezid (1525 – 25 September 1561) adalah seorang putera Uthmaniyah iaitu anak lelaki kepada Sultan Sulaiman al-Qanuni dan permaisuri beliau, Hürrem Sultan. Beliau gagal dalam pemberontakan untuk mendapatkan takhta empayar Uthmaniyah. Selepas kematian tiga orang putera Sultan Suleiman, hanya Bayezid dan Selim yang masih hidup. Menjelang tahun 1550-an, apabila Suleiman berada dalam umur 60-an, satu persaingan beerlarutan dalam perebutan takhta antara Bayezid dan Selim semakin ketara. Keingkaran yang dilakukan oleh Bayezid pada tahun-tahun yang sama, Bayezid mula tidak disukai oleh Sulaiman berbanding abang beliau, Selim (yang akhirnya menaiki takhta sebagai Selim II). Selepas memulakan satu pemberontakkan, yang mana ditumpaskan pada tahun 1559 oleh Selim (yang kemudian dibantu oleh Suleiman dan Sokollu Mehmet Pasha) beliau melarikan diri ke empayar Safawiyyah yang berjiran, di mana beliau diterima dengan hati terbuka oleh Tahmasp I. Bagaimanapun, pada tahun 1561, selepas desakan berterusan oleh Suleiman sepanjang tempoh beliau dalam buangan, dan selepas menerima beberapa bayaran lumayan, Tahmasp membenarkan Bayezid dihukum mati oleh algojo Uthmaniyah.