Übermensch
Übermensch (bahasa Jerman bagi "melampaui manusia" atau "manusia atasan", daripada über "atas" + Mensch "manusia"; Sebutan bahasa Jerman: [ˈʔyːbɐmɛnʃ]) merupakan satu konsep dalam falsafah Friedrich Nietzsche. Dalam bukunya Also sprach Zarathustra dari tahun 1883, Nietzsche menggambarkan wataknya Zarathustra sebagai menganjurkan Übermensch sebagai matlamat segala manusia. Ia merupakan karya alegori falsafah yang serupa strukturnya dengan Gathas oleh Zoroaster/Zarathustra.