Émilie Simon (album)
| Émilie Simon | ||||
|---|---|---|---|---|
| Album studio oleh | ||||
| Dilancarkan pada | Februari 2003 (Cakera padat edisi piawai) Disember 2003 (Mengandungi CD-R) Julai 2006 (Mengandungi DVD) | |||
| Dirakamkan pada | 2002-2003 | |||
| Tempat | Perancis | |||
| Genre | Pop, Trip-hop | |||
| Panjang | 39:17 | |||
| Bahasa | Bahasa Perancis | |||
| Syarikat | Barclay Universal | |||
| Pengedar | Deezer dan Spotify (mul) | |||
| Kronologi Émilie Simon | ||||
| ||||
| Single daripada Émilie Simon | ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
Émilie Simon ialah album studio sulung oleh artis Perancis, Émilie Simon. Album bergaya trip-hop dengan pop ini dipasarkan di bawah syarikat rakaman Émilie Simon, Barclay. Sejurus selepas album ini dilancarkan, album ini mendapat sambutan yang hangat daripada pendengar, menjadikannya sebuah kejayaan komersial.
Dua buah single telah dikeluarkan daripada album ini. Lagu pertama dalam album ini, iaitu "Désert" telah dilancarkan sebagai single sulung pada Oktober 2002. Single kedua pula bertajuk "Flowers" dan dilancarkan pada Oktober 2003.
Pada tahun 2004, album Émilie Simon telah memenangi anugerah Victoires De La Musique bagi kategori Album Elektronik/Groove/Tari Terbaik.