Simbol hak cipta
| © | |
|---|---|
Simbol hak cipta | |
| Dalam Unicode | U+00A9 © COPYRIGHT SIGN (HTML © · ©, ©) |
| Berkaitan | |
| Lihat juga | U+2117 ℗ SOUND RECORDING COPYRIGHT (HTML ℗ · ℗)U+1F12F 🄯 COPYLEFT SYMBOL (HTML 🄯) |
| Berbeza dengan | |
| Berbeza dengan | U+24B8 Ⓒ CIRCLED LATIN CAPITAL LETTER C (HTML Ⓒ) |
Simbol hak cipta, atau tanda hak cipta, © (huruf besar C (untuk copyright) dilingkari bulatan), adalah simbol yang digunakan dalam notis hak cipta untuk karya-karya selain rakaman suara. Penggunaan simbol ini dihuraikan oleh Konvensyen Hak Cipta Sejagat. Simbol ini diakui secara meluas, tetapi di bawah Konvensyen Berne, tidak lagi diperlukan di kebanyakan negara untuk menegaskan hak cipta baru.